Friday 21 August 2015

Pesanan Lisa Surihani Yg Menyayat Hati Sebelum Dia Melahirkan Anak Dalam Masa Terdekat Ni?


$Hak eksklusif untuk siaran mengenai perkahwinan dan kelahiran bayi selebriti bukan
lagi menjadi trend terbaru di dalam industri. Bagi pasangan Yusry dan Lisa Surihani,
mereka punya pendapat tersendiri.

"Tawaran untuk itu sememangnya ada. Jika saya menerimanya, saya sedia meletakkan
syarat tetapi jika syarat tersebut tidak boleh dipenuhi, mungkin ianya tidak boleh menjadi
kenyataan. Saya mahu membesarkan anak secara normal tanpa kilauan glamor
dan bersederhana dalam segala segi.

Menurut Yusry, dia dan isteri merancang untuk tidak terlalu menonjolkan anak mereka
di hadapan lensa kamera. Ini bukan sahaja untuk memastikan tumbesaran anak mereka
tidak terlibat di dalam dunia glamor, tetapi juga untuk keselamatan.

"Saya tidak mengecilkan cara rakan-rakan artis yang lain dan berkongsi tentang anak di
laman sosial bukanlah satu kesalahan tetapi masing-masing ada cara masing-masing.
Jangan ada yang tersalah faham kerana semua orang mempunyai cara berbeza untuk
membesarkan anak-anak.

"Dalam soal material pula, hidup saya dengan Lisa sebelum ini juga tidaklah terlalu mewah
dan kami sangat ringkas. Jika ianya tidak perlu dan membazir, kami tidak perlu sediakan
untuk anak kelak," ujar Yusry lagi.

Mungkin setiap orang, ada cara tersendiri untuk membesarkan anak. Terserah kepada ibu
bapa dalam mencorak kehidupan anak mereka. Kami tidak sabar untuk menantikan kelahiran
bayi sulung pasangan Yusry-Lisa ini.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah terbaru pasangan yang sweet ini, dapatkannya
di dalam majalah Media Hiburan terbaru.



sumber asal


Ketua Wanita UMNO - Keluar dan Tinggalkan Malaysia Jika Tidak Suka Kerajaan UMNO


$The Kuantan Wanita Umno division was calling on those who disliked the Barisan Nasional-led Government to just leave Malaysia and live elsewhere, according to its chief Datuk Zaiton Mat.

She added that it was easier to complain about the Government’s shortcomings and ignore the hard work done to build peace and harmony in the country.

“It is better for all of us to work together to make this country a better place.

“Some people, who are bent on causing disturbances and disharmony, are not thankful for the benefits they have been getting all this time.

“Why do they want to destroy the country’s peace by organising a gathering to topple the Government?” she said after leading a group of some 50 Kuantan and Paya Besar Umno division members to lodge a report at the Kuantan district police station yesterday.


The police report was lodged following the plan to hold a rally on “Himpunan Guling Kerajaan” (Rally to Topple the Government) on New Year’s Eve in Kuala Lumpur.


sumber asal


BIAR BETUL!! Inilah Sebabnya Mengapa Muka Tawanan ISIS Kelihatan Tenang Ketika Dipancung Atau Dibakar....


$%Bekas pekerja ISIS membongkar rahsia mengapa para tawanan ISIS yang terancam dipancung atau dibakar hidup-hidup selalu kelihatan tenang.

Bila dilihat dari video yang sering mereka tayangkan ke internet, para tawanan yang biasanya mengenakan baju oren itu memang tampak begitu tenang dan tidak ketakutan.

Saleh, nama samaran, seorang mantan penerjemah yang bekerja untuk ISIS, mengatakan kepada Sky News bahawa semua tawanan itu dibohongi setiap hari.

Sebelum pembunuhan sebenar dilakukan, para tawanan memang sudah dibiasakan untuk membuat video seperti itu. Alasannya untuk meminta wang tebusan dari pemerintah.

Jadi ketika pembunuhan benar-benar akan dilakukan, para tawanan merasa bahawa itu hanya gertakan saja.

Saleh menuturkan pembicaraannya dengan salah satu algojo di ISIS, “Jihadi John” yang akhir ini dikenali dengan nama Mohammed Emwazi.

“Dia selalu mengatakan, tiada masalah, hanya ingin dirakam. Kami tidak akan membunuhmu. Kami hanya ingin tebusan dan meminta pemerintah negaramu berhenti menyerang Syria. Kau tidak bersalah, kau kan hanya pengunjung di sini,” kata Saleh menirukan ucapan John.

Pengambilan video ini pun sering dilakukan. Sehingga para tawanan menganggapnya menjadi biasa. Para tawanan dibuat begitu merasa rapat dengan para tentera ISIS.

Fotografer berasal dari Jepun yang bernama Kenji Goto bahkan diberi nama Abu Saad agar dia merasa selesa dan rapat dengan tentera ISIS.

“Setiap masa mereka mengatakan rileks kepada Goto. Dan itu membuatkan ia pun merasa tenang,” tambah Saleh.


sumber asal


GEMPAR!! Maksud Sebenar Disebalik Lagu M.Nasir "Tanya Sama Itu Hud-Hud" Sangat MENGEJUTKAN!!


#$Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud - Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.


Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).


Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih


Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,


"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"


Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?


Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari


Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.



sumber asal


PANAS!! (10 GAMBAR) Peminat Pertikai Cara Kehidupan Nora Danish Dan Fasha Sandha Untuk Membesarkan Raykal

Peminat Pertikai Cara Kehidupan Nora Danish Dan Fasha Sandha Untuk Membesarkan Raykal
$%Peminat Pertikai Cara Kehidupan Nora Danish Dan Fasha Sandha Untuk Membesarkan Raykal
Ramai yang menyifatkan Nora Danish sudah terlalu tua untuk berhibur dan ada pula yang membeza-bezakan cara hidup Nora Danish dengan Fasha Sandha.Kalau korang tengok di Instagram Fasha Sanda, korang boleh nampak sendiri wajah keibuaan Fasha Sandha. Malah, ada yang memuji hubungan rapat antara Fasha Sandha dan jugak anak tirinya Raykal.






sumber asal





Berbalik kepada Nora Danish, Netizen mengharapkan Nora Danish lebih meluangkan masa dengan raykal dan mengurangkan aktiviti malam dengan berpakaian seksi. Ada yang menyidirkan meminta gambar nora di kelab malam ini disimpan untuk tatapan si Raykal bila besar nanti.



Gambar Nora Danish berada di disko menjadi perbalahan antara peminat.. Sepatutnya sebagai Ibu kepada raykal, Nora Danish perlu tunjuk tauladan yang baik.
"Patut Kena Cerai, Kaki Disko "

Tak Malu Ke?


" Lelaki Tak Baik Untuk Wanita Tak Baik "

Ada jugak yang mendoakan Nora Danish Supaya berubah ke arah kebaikan. Amiin



PANAS!! 5 Gambar Babak Nikah Kamal Dan Emma Bersentuhan Dalam Masjid Jadi Kecaman Peminat Di Laman Sosial


Petikan dari Facebook : Adam Hamid

Sy merayu dan memohon agar penerbit2, pengarah, penulis skrip pekalah tentang kesucian Islam...
Sy mengaku sy juga pernah buat salah, tetapi usahlah kita ulangi lagi kesalahan itu..




Scene akad nikah tak perlu la buat dlm masjid, buat aje kt rmh atau dewan, masjid itu rumah Allah...
Dan jauhilah scene2 Bersentuhan, bersalaman antara bukan mahram kerana ianya haram serta berdosa dan lebih hina jika dilakukan didalam rumah Allah...

Sanggupkah kita menanggung dosanya... semata2 kerana seni, rating dan keuntungan semata2!
yg haram tetap haram sayang dan niat tidak pernah menghalalkan cara sahabatku...
Emotikon frown

Jom ubah, martabatkanlah seni berlandaskan syariat....




Pandangan Adam juga turut di setujuai oleh Bekas pelakon dan pengatin Baru Abbdi di laman sosial nya di harap semua pihak dapat peka mengenai apa yang mereka usulkan.

Adakah benar babak itu di lakonkan di dalam masjid moga ada penjelasan dari pihak-pihak terbabit untuk menjelaskan kekeliuran ini. -BS


sumber asal


AWAS!! Ini Adalah Serius,Fakta Bahaya Tentang Sosej,Sebarkan Kepada Semua Jika Anda Sayangkan Anak Anda!!



$PLEASE SHARE THIS INFO UTK KEBAIKAN ANAK2 KITA..

5 Kebenaran Tentang Sosej !

Ramai yang tak tahu ttg kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga!


5 Kebenaran Tentang Sosej' ini :
1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :
- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives

2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!
3) Kanak-kanak yang makan > 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.
4) Ibu mengandung yang makan Sosej >1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!
5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :
Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%


Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!
Jauhkan aka 'Haram' kan ia dari anak-anak kita!

'Share' This Info If You Seriously Concern - Let other mothers know the truth!
Care For Our Lovely Kids!


sumber asal


So SWEET!! Inilah Hadiah TERLAJAK ISTIMEWA Engku Aleesya Buat Ibunya,Erra Fazira (4 GAMBAR)


%^Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira bersama bekas suaminya Engku Emran baru-baru ini menyambut hari kelahirannya yang ke-5.

Semakin bijak dan cantik, Aleesya ada membuat kad ucapan istimewa untuk mummy tersayang.

A photo posted by puterimom@yahoo.com (@errafazira) on

sumber asal


(2 VIDEO) Kejutan Istimewa Dari Datuk Siti Sempena Majlis Pertunangan Anak Tirinya Dengan Selebriti Indonesia Yang Anda Semua Pasti Akan Berkata WOWWWWW


Kami mendoakan semoga hubungan mereka berjalan lancar dan kekal hingga ke jannah.

Apa yang menariknya, Datuk Siti dan Datuk K juga menyambut ulangtahun perkahwinan mereka di sana.



sumber asal
Selain itu, Datuk Siti juga 'belanja' beberapa lagu untuk warga Palembang tau.



SAYU SEKALI!! (7 Gambar) Jawapan Sebenar Kepada Persoalaan Kemananya Menghilangnya Ida Nerina Sekian Lama Akhirnya TERJAWAP!!


@#Masih ingatkah anda pada kes dakwaan video dan kemalangan Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya satu ketika dahulu? Apakah yang berlaku kepada beliau selepas bercerai dengan Sharin Blackrose dan di manakah beliau kini?

Semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Ida yang kini berkerusi roda bakal menjadi juri program Liga Lawak Superstar (LLS) yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 bermula Ahad ini. Turut bergandingan bersamanya ialah Vanida Imran dan Adlin Aman Ramlie.


Bagaimanapun, memandangkan ketidakupayaan Ida bergerak, pihak produksi akan membantu pelakon itu daripada segi pergerakannya.

"Kita tahu, Ida sudah lama tidak melibatkan diri dalam televisyen dan rasanya pasti ramai peminat merindui dia.


"Alhamdulillah, pada mulanya Ida seperti berfikir panjang untuk menerima tawaran ini tetapi akhirnya dia bersetuju untuk beri kerjasama," kata Afdlin Shauki selaku pengarah dan penerbitnya pada media di majlis pelancaran program LLS di Hotel Empire, Subang jaya, Selangor semalam.


Liga Lawak Superstar melibatkan seramai 16 selebriti itu dibahagikan kepada lapan kumpulan antaranya Kamal Adli, Iqram Dinzly, Syafiq Kyle, Akim Ahmad, Mikael Andre, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Aidil Aziz, Anas Ridzuan, Aman Nassim dan Zalif Sidek.

Ia juga melibatkan pelawak seperti Azlee (Senario), Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Ropie, Didie Alias dan Farouk Hussein terlibat sebagai mentor kepada peserta.


 Kami percaya ramai yang merindui lakonan aktres hebat, Ida Nerina di televisyen mahupun filem. Selepas insiden tragis yang berlaku kepada dirinya, Ida lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir.
Dengan keadaan dirinya sekarang yang berkerusi roda, Ida seorang wanita yang kuat dan tidak pernah melihat perkara itu sebagai halangan untuk meneruskan kehidupannya.

Tahun lalu, teater arahannya, What'll Break You/Apocalips telah dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) dan mendapat sambutan menggalakkan.

Bukan hanya mengarah, Ida juga masih berlakon dan membuat kemunculan istimewa filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera sebagai Jah Steno selain filemSplit Gravy On Rice.

Hits juga difahamkan ada pihak media yang berminat mahu mengambil gambar terbarunya dalam satu majlis baru-baru ini tetapi dia menolak dengan penuh diplomasi.

Mengenali pelakon yang mula dikenali menerusi filem Selubung ini, dia sememangnya cukup berahsia tentang kehidupan peribadi.

Usahkan pihak media tetapi Ida juga nampaknya meletakkan batasan buat peminat seandainya ada pertanyaan yang difikirkan begitu remeh.

Seperti mana yang ditulis dalam akaun Twitter baru-baru ini, Ida awal-awal lagi memohon maaf kepada pengikut dan peminat seandainya ada soalan yang tidak mahu dijawab.

"Minta maaf semua. Rasanya tidak perlulah anda bertanyakan tentang kehidupan saya sekarang, mengapa lama menyepi dan sebagainya.

"Percayalah, saya tidak akan membalasnya. Kalau mana-mana pihak yang mahu tahu tentang perkembangan terbaru, layari sahaja Facebook dan Twitter. Di sana, saya akan memberitahu segala-galanya. Terima kasih dan sayang semuanya," kata Ida ringkas.


sumber asal


Najib - Jangan cuba rampas hak saya memimpin negara


$Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada siapa yang patut campur tangan atau merampas amanah yang diberikan kepadanya untuk memimpin negara.

Beliau berkata, mandat yang dipikul merupakan tanggungjawab seorang pemimpin yang telah dipilih rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.

"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," katanya dalam status terbaharu di laman Facebook.

Dengan amanah yang telah diberikan, Najib melahirkan rasa bangga dan rendah diri memikul tanggungjawab berkenaan.

"Rakyat yang telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," tambahnya.


sumber asal


MESTI BACA!! 'SAYA TAK NAK DISEBABKAN AWAK, SAYA MASUK NERAKA'


$"Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak"

Aku terdiam. "Hari ini dah hari keenam," kata aku dalam hati.

"Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,"

"Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?"

Aku diam lagi.

"Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,"

"Sejuklah awak," jawab aku.

"Okay kejap"

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.

"Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali," katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

"Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata.

"Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak"

"Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,"

"Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal,"

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

"Awak selalu kata 'kenapa kita tak dapat anak lagi'. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?"

Aku mula bertanya.

"Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?"

"Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.

"Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.

"Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?" katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa 'Ini semua ujian dari Allah,".

'Dah, bangun. Pergi mandi wajib'.

Kredit -  Cik Atenn Azlan

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM



sumber asal


MESTI BACA!!Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais Yang Ramai Antara Kita Tak Tahu!



$Bahaya Teh Panas

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.
Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.


Bahaya Minum Teh Ais
Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.

Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi.

Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing .

Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut. 


sumber asal


MESTI LIHAT!! 15 Gambar Rumah Baru Terlajak MEWAH Milik Chef Wan Yang Dihiasi Dengan Dekorasi Mewah Ala Inggeris...


$%Siapa yang mengikuti Chef Wan, pasti tahu yang chef terkemuka ini sudahpun berpindah di rumah baru yang memang hebat dan besar.

Jadi, jom kita tengok gambar-gambar dekorasi rumah baru Chef Wan ni.
















sumber asal


PANAS!! (3 GAMBAR) Padah Muat Naik Gambar Tidak 'Senonoh' Ketika Hamil,Erin Malek Dihentam Bertubi-Tubi Oleh Peminat Di Laman Sosial


$%Selepas sebuah page facebook terkemuka negara memuat naik semula gambar pelakon Malaysia Erin Malik, gempar apabila ramai peminat menyifatkan gambar itu agak tidak senonoh bagi seorang perempuan mengandung . Dengan berbaju T agak ketat sangat tidak manis melambangkan keperibadian seorang wanita islam.

Rata-rata pengikut page berkenaan menegur Erin Malik kerana tidak menutup aurat.. Namun begitu, masih tiada tindak balas daripada Erin Malik. adakah kerana bersifat profesional sebab itu Erin Malik enggan memberi sebarang ulasan?

P/s: Memang agak sendat baju dia, tak manis nampak waktu mengandung pakai macam ni





sumber asal


Ahmad Maslan - "Saya Sanggup Ditembak Demi Melindungi Najib"


#Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, falsafah itu menjadi pegangannya di mana sentiasa berada di hadapan pemimpin.

Kenyataan itu telah dirakam sewaktu ketika beliau memberikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa pada Selasa lepas.

“Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru,” katanya yang kemudian disambut dengan tepukan daripada para perwakilan yang hadir.

Terdahulu, dalam ucapan tersebut, Ahmad menyelar tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik untuk menyerang presiden parti.

Katanya, Najib telah melakukan seribu satu macam kebaikan tetapi mengapa kebaikan tersebut tidak diceritakan kepada umum.

“Saya harap saudara-saudara, kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?” soalnya.

Tambah beliau, sebagai rakyat kita seharusnya bijak menilai sesuatu yang benar dan yang palsu dan bukan terus mempercayai fitnah yang telah ditaburkan kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan, isu 1MDB dan dana politik yang digembar-gemburkan itu sebenarnya hanya satu isu yang boleh diselesaikan. – FMT


sumber asal


PM Najib Belum Jelaskan Sampai Sekarang Transaksi Bernilai RM42 Juta...


$Datuk Seri Najib Razak belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Ditanya mengenai kemungkinan wang berkenaan adalah sumbangan derma, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata: "Saya tak tahu. Ia terserah kepada beliau (Najib)".

SRC International adalah sebuah firma milik Kementerian Kewangan yang diketuai Najib. Ia juga pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Laporan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu melaporkan, sejumalh RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari sebelum dialihkan kepada satu lagi anak syarikat, Ihsan Perdana.

Ihsan Perdana kemudian memindahkan RM42 juta ke akaun Najib.

Transaksi itu dilakukan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.



sumber asal


Thursday 20 August 2015

ANDA SEMESTINYA TERKEJUT BERUK !!! Lelaki Ini Dedah Sikap Sebenar Remy Ishak Yang Membuatkannya Sangat Terharu ...


#kejujuran yang dilakukan oleh pelak0n Remy Ishak kepadanya seorang peminat lelaki menggunakan nama Loqman Hakim telah memuatnaik sekeping gambar dia bersama aktor berkenaan dengan ucapan terima kasih....

Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah tertinggal beg di sebuah restoran dan yang mengejutkannya beg tersebut dijumpai oleh Remy dan pelakon berkenaan memulangkan kembali berg berkenaan kepadanya....

Berikut adalah tulisan lelaki berkenaan di laman Faceb00k miliknya....


Dalam tulisan berkenaan beliau mengucapkan terima kasih kepada Remy dan rakan-rakan pelakon berkenaan kerana baik hati dan bersikap jujur memulangkan begnya.

 Diharap sikap terpuji Remy ini menjadi contoh kepada orang lain, inilah contoh ikutan yang sesuai dari seorang artis yang dikenali ramai.


sumber asal


8 Gambar Pr0t0n Saga R Terbaru Ini Pastinya Membuatkan Anda TERPUKAU !!!


$Untuk makluman anda, ia merupakan karya terbaharu daripada saudara Idiyaz Baharuddin yang juga merupakan seorang yang pakar dalam perisian 3 dimensi.

Sebelum ini beliau pernah menghasilkan Perdana R, kali ini beliau cuba mereka 3D untuk m0del Proton Saga R. Karya beliau kali ini lebih mantap dan banyak menerapkan elemen gaya rekaan Proton terutama “single graphic face” dan ada kesinambungan rekaan Iriz dibahagian sisi.

Rekaan ini juga sesuai dijadikan Iriz sedan jika Pr0t0n ingin menjadikan Saga menggunakan platf0rm Iriz. Idiyaz Baharuddin anda memang berbakat!!!!







sumber asal


Dihentam Ramai Akibat Pakai Headphone Kerana Tidak Mahu Dengar Doa Hindu?- Ayahanda Rani Kulup Tampil Dedah Punca Sebenar Yang Semestinya MENGEJUTKAN Anda Semua...


#$Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kecewa apabila difitnah cuba mengelak daripada mendengar bacaan doa Hindu dalam upacara pengebumian salah seorang rakannya yang berbangsa India.

Gambarnya, memakai ‘head phone’ di upacara kematian rakannya kemudian dimuat naik di laman sosial.

Jelasnya, ‘head phone’ yang digunakannya itu hanyalah untuk memudahkannya menjawab panggilan telefon.

“Ayah memang biasa gunakan ‘head phone’ itu kerana ayah dapat dengar panggilan telefon dengan lebih jelas.

“Sekiranya ada kata ayah pakai ‘head phone’ untuk tidak mendengar bacaan doa agama Hindu, itu tidak tepat. Kalau pakai ‘head phone’pun dengar juga,” katanya ketika dihubungi FMT.

Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Rani Kulop memberi amaran kepada pihak-pihak tersebut supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya.

Katanya, mereka perlu berbangga kerana dia mengamalkan sikap terbuka dan saling memahami budaya masyarakat di Malaysia.

“Walaupun beliau berbangsa India, tetapi ayah hormat dia, lebih-lebih lagi sebagai seorang rakan ayah.

“Sepatutnya mereka suka orang Islam melawat ke pengebumian agama lain,” katanya yang membahasakan diri sebagai ayah.

Terdahulu di laman Facebook telah tersebar sekeping gambar yang mendakwa, “Ayahanda Kulop Kipidap pakai ‘head fon’ bagi mengelak dengar bacaan kitab selain Quran. Dibimbangi akidahnya terpesong ketika melawat kematian rakannya” tulis Era Pasca.

sumber asal


MESTI TAHU !!! Punca Sebenar Allahyarham P.Ramlee Jatuh Miskin Sebelum Meninggal Dunia Yang Belum Pernah Didedahkan 0leh Mana-Mana Media Sebelum Ini...



$%Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.

P. Ramlee : Genius Yang Tragik

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan k0ntrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran....

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.
Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini

terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.
Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.
Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget da...

sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.
Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini....

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:-

“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift 0f it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!!!”

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.
Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti

Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

“The pain passes; but the beauty remains.”
– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –


sumber asal