Tuesday, 1 September 2015

SEDIHNYE...MENINGGAL SEORANG DIRI KETIKA TEMAN PULANG BERAYA :(


Seorang pemuda berusia 25 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu telah dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakannya. Bagaimanapun, mangsa ditemui sudah tidak bernyawa di sebuah rumah sewa kediamannya di Serdang, Selangor.

Kali terakhir dapat dihubung adalah pada malam raya.



Ikuti coretan dari blogger Ammar ini.. yang juga merupakan rakan serumahnya..
“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan aku sebak.

Tragedi ini mengejutkan aku dan semua rakan-rakan rumah bujang aku.. Dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan serumah bujang iaitu Herman yang bertanyakan mengenai Farid yang tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehingga semalam(19/7/2015).

Report polis telah dibuat oleh ahli keluarga Farid. Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab..

Paling mengejutkan apabila ada bau busuk dari rumah sewa itu. Mujurlah bilik Farid berada paling hadapan rumah lalu rakan sekerja Herman membuka tingkap bilik dan melihat sebujur mayat di atas tilam.

Lalu rakan sekerja Herman membuat report polis dan polis memecah pintu rumah untuk melihat keadaan sahabatku, Farid yang telah beberapa hari meninggal dunia. Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Serdang dan kini masih menunggu laporan bedah siasat. Insyaallah jenazah akan dikebumikan hari ini.

Untuk pengetahuan semua, Farid tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja pada hari raya. Semua rakan serumah telah balik beraya dan dia hanya tinggal seorang diri di rumah bujang.
Tidak disangka-sangka tragedi ini berlaku di rumah bujang aku. Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas.

Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Pergimu tiada pengganti. Kau sahabat dunia dan akhirat. Coretan ikhlas dari sahabatmu,Ammar.



“No raya on this year…work until die”

Farid seakan-akan tahu akan meninggal dunia. Sungguh mengejutkan! Kemungkinan dia meninggal dunia pada malam raya. Mungkin meninggal dunia semasa tidur, berdasarkan keadaannya yang baring di atas tilam siap berselimut.


Digit terakhir nombor telefon Farid 0717. Seakan satu kebetulan dengan tarikh kematiannya 17/07/2015.
Rumah sewa yang beralamat Lot 1998 Jalan 18/39 Taman Sri Serdang, Seri Kembangan Selangor, inilah tempat arwah farid menemui ajalnya.

Marilah sama-sama kita sedekahkan AL FATIHAH buat arwah Mohd Farid bin Mohd Asiri. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



~ Aamin.

 Laporan bedah siasat menunjukkan Farid meninggal dalam keadaan normal. Jenazah telah dibawa ke rumah bapa saudaranya di Puchong untuk urusan mandi dan kafan.


Sumber http://ceritagempakkomuniti.blogspot.com/


RAHSIA KELEBIHAN SURAH INSYIRAH

Dimanakah hati kita tatkala kita membaca Al Quran? Pernahkah kita merasa keliru dan tidak dapat menghayati makna dalam Al Quran? Atau pernahkah kita terasa seolah-olah lidah sukar untuk menyebut bacaan Al Quran dengan tajwid dan makhraj yang betul walhal kebiasaanya kita dapat membacanya dengan lancar. Pernahkah kita terasa seolah amaran-amaran Allah dari kalamullah Al Quran tidak melahirkan rasa gentar dalam hati? Dimanakah ketenangan yang dicari? Apakah silapnya?

Sedikit perkongsian ilmu tentang surah Al-Insyirah, satu surah yang pendek, senang dibaca dan diamalkan untuk menjadi penawar hati dan penenang Jiwa dan betapa keindahan Al-Qur’an seharusnya dihayati dan meresap dalam diri.

Seseorang yang membaca Al-Quran bererti juga sedang melakukan sesuatu yang bermanfaat, iaitu memanjatkan doa dengan menyebut kalam Allah. Allah Azza Wa Jalla mendengar dan sungguh memperhatikan bacaan-bacaan Al-Qur’annya.  Mari kita pelajarinya melalui surah ini ;

بسم الله الرحمن الرحيم



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu ( ya Muhammad), Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat. Yang memberati punggungmu, Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu?. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai, (mengerjakan suatu pekerjaan), maka bersusah payahlah ( mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu, berserahlah.

Keterangan Surah al Insyirah

Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteran jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah. Dan kepada Allah, berharaplah!

Kelebihan Surah Al Insyirah

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:

Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.

a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita semua.


Sumber http://blog.cc.net.my/


KENAPA LANTAI MASJIDIL HARAM TIDAK PANAS????



Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panassehingga mencecah lebih 40 darjah.

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.

Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.

Ini berbeda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari..

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.

Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.


Jadi wajar saja jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

Sumber http://blackspeaker.blogspot.com/


SEGI TIGA BERMUDA- PENGALAMAN NGERI RAKYAT MALAYSIA DISANA..



Pasti ramai yang mengetahui misteri dan kisah pelik yang sering berlaku di segitiga bermuda. Kali ini, dikongsikan kisah misteri yang dialami sendiri oleh rakyat Malaysia yang merupakan seorang Krew sebuah kapal kargo milik malaysia. Baca kisah beliau..

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia.

Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

Aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? kata bahtiar. "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul. Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.


Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda.

bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani. "ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

Ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .


Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. '' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami seperti gelombang magnetik dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan .. ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. dan sekali gus didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri dimana perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik. perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang Maha Esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR.. wassalam...

Sumber http://blackspeaker.blogspot.com/


JOM TENGOK!!!Perkahwinan viral kanak-kanak termuda!!!




Kanak-kanak berkahwin pada usia 10 tahun menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
Mungkin ada yang beranggapan "kecik-kecik lagi dah kahwin".

Tapi, kita kena tahu itu hak masing-masing. Sedangkan atuk nenek kita dulu pun kahwin pada usia muda. Zaman sekarang je kita semua ni kalau boleh nak kahwin selepas umur 22 ke atas la atau lambat lagi la. Haaa itu pendapat dan hak masing-masing kan?

Kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ini sah menjadi suami kepada pasangannya yang berumur 10 tahun dan mereka berasal dari Iran. Mereka berkahwin pada 14 Ogos yang lepas selepas mendapat kebenaran dari pihak berkuasa Iran untuk berkahwin.






For your information, kanak-kanak perempuan di Iran akan dibenarkan berkahwin seawal usia 13 tahun dan kanak-kanak lelaki pula boleh berkahwin seawal usia 15 tahun .

Apa-apa pun, tahniah buat mereka dan semoga kekal selamanya :)

sumber http://kakiberitatv3.blogspot.com/


Siapa sangka digelar LELAKI TERBURUK tapi mampu memiliki cinta sejati!!!


BUKTI paras rupa bukan pengukur untuk menjalinkan cinta serta menyulam kasih sayang.

Seorang bekas tukang kasut ini digelar dan terkenal sebagai lelaki terburuk di Uganda kerana memliki wajah yang pelik.

Walaupun Godfrey Baguma, 47, memiliki wajah buruk dan menakutkan akibat menderita penyakit ganjil yang tiada ubatnya, dia kini baru sahaja menyambut kelahiran anak yang kelapan bersama isterinya, Kate Namanda, 30.

Sebelum berkahwin dengan Kate, Godfrey memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya namun berakhir selepas dia mendapati isteri pertamanya itu curang dengan lelaki lain.


Bercakap mengenai cintanya terhadap Kate, Godfrey memberitahu dia tinggal bersama Kate selama 4 tahun sebelum orang disekelilingnya tahu di mana dia berada.

“Saya tidak mahu mereka tengok saya sehingga kami ada anak kerana sudah pasti mereka akan menyuruh Kate tinggalkan saya.

“Dia tinggalkan saya ketika dia hamil 6 bulan tetapi dia kemudiannya mula menerima takdir dan kembali kepada saya 2 bulan selepas itu,” katanya kepada sumber.

“Saya memberitahunya, saya tidak pilih untuk kelihatan seperti ini dan sekiranya saya membebankan, Kate bebas untuk pergi meninggalkan saya,” tambahnya.

Selepas dikurniakan anak pertama pada tahun 2008, pasangan itu memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013 dan kini mereka dianugerahkan 6 orang cahaya mata.

Teguh dengan pendirian dan percaya bahawa cintanya terhadap Godfrey adalah telus, Kate beritahu dia tidak pedulikan apa yang diperkatakan orang lain.

“Apabila kamu sudah temui lelaki yang tepat untuk diri kamu, pedulikan apa yang orang kata. Ikut kata hati anda kerana duit serta paras rupa bukan satu masalah,” kata Kate.

Godfrey yang juga terkenal dengan nama Ssesabi kini memperolehi pendapatan hasil daripada penampilannya dalam bidang nyanyian serta ‘stand-up‘ komedi olehnya.

Jadi  kisah cinta mereka ini sememangnya wajar dijadikan contoh kerana mereka jelas sekali tidak pentingkan paras rupa, Cukup hasil punca rezeki yang halal yang boleh menampung keluarga dan apa yang penting cinta mereka telus.

Sumber http://mynewshub.cc/


COKE + SUSU?? Apa yang akan terjadi?? nak minum lagi tak lepas ini??

Pastinya kita tidak pernah terfikir apa yang akan berlaku sekiranya air coca cola dicampur dengan tenusu . Selepas anda melihat kesulurhan gambar ini , pasti anda akan berhenti meneguk coke .

Lihatlah hasil experiment ini . Jangan muntah pula !!! Bayangkan bila kedua-dua minuman ini bercampur dalam perut kita?









sumber http://figuramalaya.com/