Tuesday, 19 May 2015

Filled Under:

3 Gambar Ucapan Dari Isteri Kepada Fad Bocey Yang Pasti Menyentuh Hati Anda


Berita gembira itu dikongsi oleh isterinya melalui akaun Instagram @syaheeraarahman pada Isnin dengan memuat naik foto bayi beserta kapsyen menyentuh hati.

Kapsyen tersebut berbunyi:

“Alhamdulillah rezeki dari Allah. Walaupun baru 4 minggu awak dlm perut sy tpi sy dh dpt rasa .awak baik2 ye dlm perut sy.

“Awak lapar awak bgitau sy k ,nanti sy bagi awak makan. 22 may nanti kita naik pelamin bertiga tau .sy happy sgt sbb skrg sy dh ada kawan .awak baik baik ya kt dalam perut sy.” tulisnya.


Di samping itu, Fad juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas rezeki yang dikurniakan kepadanya.

“Syukur alhamdulillah..awk dah 4 minggu dalam perut mummy..awk jaga diri yee..daddy tggu awk. #rezekiAllah #bermulafasabaru #doaygbaik2 #FS #taksukajanganfollow.” tulisnya.

Sehingga kini, ruangan komen akaun Instagram peribadi pasangan ‘sweet’ ini dipenuhi dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan dan juga para peminat.

Malah, Syahirah juga bergurau dengan mengatakan ingin menatap wajah Chantiq (anak bongsu pasangan Johan dan Ozlynn) yang comel itu supaya terkenan pada anaknya nanti.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan Syahirah telah bernikah pada 14 Mac lalu.

Kepada Fad dan isteri tersayang, semoga kandungannya berada dalam keadaan sihat dan selamat.-astrogempak