Friday, 4 September 2015
Filled Under:
PATUT BACA!!Bahana Kencing Berdiri!! Tak baca Korang Tak Tahu
Posted By:
aku
on 18:25
Bahaya Kencing Berdiri Yang Perlu Anda Ketahui
#Kencing atau bahasa Yang Lebih sopan membuang air kecil ini bukan perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh(mengeluarkan kotoran tubuh).
Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan Cara Yang Betul, Sudah Menjadi Tabiat Orang Lelaki Suke Kencing Berdiri!!
#Menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
#Mengikut Kajian Kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan Pergi mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud Kemungkinan ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika Anda kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil mahupun hadas besar.
Secara Umum kita Selalu memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan Keadaan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa Mengetahui keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.
Kencing Berdiri Melemahkan Batin
#Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.
#Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan Penyakit batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang Perlakuan kencing berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya:
“Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
~@@Kesimpulannya Benda Yang Kite Nampak Mudah Itu Banyak Keburukannya!!
sumber http://mediagempakk.blogspot.sg/