Tuesday, 10 November 2015

Filled Under:

SAYU!! TABAHLAH FAIZAL TAHIR.. LUAH Penyakit KRONIK ANAK Melalui LAGU...


## TRAGIS! Faizal Tahir Meluahkan Rasa Sakit Kerana Anaknya Dalam Bentuk Lagu!

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir berkata lagu baru bertajuk #Sayang adalah berkisar tentang pengalaman  ketika anak perempuannya Siti Rawdha Nur Jannah, 4, mengalami demam virus beberapa bulan lalu....

Faizal berkata,  inspirasi tersebut adalah untuk berkongsi perasaan ketika melihat kesakitan yang ditanggung oleh anaknya selama empat hari ditahan di sebuah pusat perubatan....

"Saya menulis lagu ini beberapa bulan yang lepas ketika anak perempuan saya dimasukkan ke hospital kerana demam virus yang sangat kronik...

"Dia dimasukkan ke dalam wad selama empat hari. Ia adalah satu pengalaman yang sangat menyedihkan apabila melihat dia begitu sakit....

Setiap malam saya akan beritahu dia untuk menjadi kuat dan memujuknya untuk tidur supaya esok dia akan berasa lebih baik," ujarnya kepada mStar Online....

*********************************

</Sementara itu kata Faizal, dia mengambil keputusan untuk melancarkan single tersebut selepas isterinya Siti Raihanim Noran melahirkan anak keenam mereka yang diberi nama Khalid Al-Walid Ahmad Faizal pada 25 Oktober lalu>

Faizal juga menganggap lagu ini mempunyai nilai sentimental yang amat kuat pada dirinya....

"Saya benar-benar tidak merancang ini akan berlaku sama sekali dan tidak menyangka isteri saya melahirkan cahaya mata kami yang terbaru pada masa yang sama lagu ini disiapkan....

"Secara jujurnya saya tidak mempercayai kepada suatu kebetulan, saya hanya percaya kepada tuhan yang mempunyai rancangan sendiri"balas faizal tahir....

>>> Sementara itu, Faizal berkata, bait-bait lirik yang ditulis di dalam lagu Sayang ini juga menggambarkan betapa dalam perasaan cinta terhadap anak-anaknya....

>> Faizal berkahwin dengan Siti Raihanim Noran, lebih 10 tahun lalu dan dikurniakan enam cahaya mata yang menyinari hidupnya! Tahniah diucapkan diatas kejayaan hidup Faizal sebagai penyanyi!...



Sumber :  http://tentangartiss.blogspot.my/