Tuesday, 19 May 2015

GEMPAR!! Telur Goreng Ini Keluarkan Darah Selepas Dibaca Al-Rukyah



Kisah ini terjadi kepada sahabat Siakapkeli sendiri pada minggu lepas. Yang mana menerusi inbox akaun peribadi penulis, sahabat penulis, Mohamad Ridzuan Bin Nasir, 27, memberitahu ada sesuatu perkara yang sukar dipercayai telah berlaku hari ini.

Diberitahu kepada penulis untuk melihat status terbaru yang dimuat naik menerusi akaun facebooknya. Lalu penulis kehairanan apa yang menarik sangat dengan status barunya itu.

Penulis pun menjenguk akaun dia dan mendapati terdapat beberapa keping gambar nasi bungkus dan telur goreng di hadapan monitor sebuah komputer yang sedang memainkan bacaan Al-Rukyah menerusi Youtube.

Berikut adalah apa yang ditulis mengenai gambar tersebut:

MasyaAllah... Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah telur berubah bertompok2 merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yg kotor dari memasuki badanku... Subhanallah... Maha suci Allah...


Bagaimanapun ada beberapa komen yang mendakwa itu mungkin kicap, namun perkara tersebut dinafikan olehnya.


Selain itu ketika berbual dengan penulis, ketika awal membuka bungkusan makanan tersebut dia sudah membelek bahagian telur itu dan pada ketika itu tiada pun bintik-bintik darah tersebut.

Kemudiannya dia membuka Youtube dan memainkan bacaan ayat tersebut kerana dia sememangnya gemar mendengar bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran ketika tinggal serumah bersama penulis suatu ketika dahulu.

Dia kemudiannya meninggalkan nasi bungkus yang telah dibuka bersama bacaan itu dan ke dapur untuk membancuh air minuman.

Setelah dia kembali untuk menjamah makanan itu lalu terkejut melihat apa yang sudah berlaku kepada lauk telur yang hendak dimakannya. Bintik-bintik merah seperti darah beku itu muncul rata-rata pada bahagian permukaan.

Bagaimanapun tidak semua percaya akan perkara itu dan ramai juga yang menafikan apa yang terjadi itu kerana bacaan tersebut dan menganggapnya sebagai kicap.

Dia juga telah dihubungi oleh pihak myMetro berhubung perkara ini dan menurutnya, "Saya tidak memaksa sesiapa untuk percaya. Saya hanya berkongsi kejadian yang berlaku supaya orang lain berhati-hati apabila membeli makanan.

"Apa kata cuba beli nasi lemak yang saya beli dan lakukan seperti yang saya buat," katanya.

Dia yang juga terkenal dengan syarikat pembekal Kad Kahwin Murah merasakan sangat bersyukur kerana mungkin telah terhindar daripada pelaris dengan bacaan rukyah.—Siakapkeli.my






Ramai Yang Tidak Tahu Kenapa Kasut Sukan Punyai Lubang Tali Kasut Lebihan,Rupa-Rupanya Berfungsi Sebagai...



Kasut adalah satu alat yang penting ketika bersukan. Pemilihan kasut berdasarkan kepada kesesuaian pemain serta tahap kekuatan mengikat tali kasut juga sangat penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pemain sukan ketika beraksi.

Akan tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya kenapa kasut sukan anda mempunyai lubang tali kasut lebihan pada bahagian paling atas? Siakapkeli rasa anda tidak tahu.

Sebuah video di laman Youtube menunjukkan kepada penonton apakah kegunaan lubang tali kasut yang berlebihan itu.

Ia bukan semata-mata untuk memastikan kasut itu melekat di kaki, malah ia juga mampu mengelakkan kaki anda dari tercedera.



EKSLUSIF!! Gambar Terkini Bayi Yang Dilambung Ibunya Dalam Video Yang Jadi Viral Di Laman Sosial (5 GAMBAR)


Dilambung, dihempas dan dicampak tanpa hati perut. Demikian nasib seorang bayi malang apabila dia diperlakukan dengan begitu kejam oleh wanita yang dipercayai penjaga kepada kanak-kanak itu.

Video berdurasi 52 saat yang merakamkan insiden tersebut telah mengejutkan rakyat negara ini sejak semalam selepas rakaman amatur kekejaman terhadap bayi itu mula tersebar di media sosial serta aplikasi WhatsApp.


Dalam video berkenaan, bayi yang memakai baju berwarna putih dan berseluar biru itu diperlakukan bagaikan sebiji bola tanpa perikemanusiaan oleh wanita itu.

Bayi itu dilambung lebih 10 kali di atas tilam dipercayai di ruang tamu sebuah rumah.

Dia juga dihempas dan turut dicekik wanita terbabit dengan kasar sehingga bayi itu menangis kesakitan.

Video itu juga difahamkan telah dirakam oleh seorang lagi individu dipercayai wanita dan turut kedengaran perbualan antara wanita terbabit.


Dalam perkembangan itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam sikap wanita berkenaan dan mahukan pihak berkuasa segera mengambil tindakan serta menyelamatkan bayi terbabit.

“Polis harus cari wanita ini sampai dapat dan selamatkan bayi dalam video ini,” kata Fardli Mansor.
Siti Rahayu pula menulis, “Perbuatan wanita ini tidak boleh diterima akal. Semoga bayi ini masih hidup dan tidak tercedera.”

“Bayi ini bukan anak patung yang boleh dilambung dan dihempas entah hidup entah mati. Kejam,” kata Aman Jasli.

Sementara itu, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Datin Asmawati Ahmad ketika dihubungi memberitahu, video berkenaan kini dalam perhatian pihak polis.

- Utusan.


Dayana Terasa Hati Apabila Madunya Hamil Lagi?


Baru-baru ini, melalui gambar yang tersebar yang menampakkan baby bump isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah, pelbagai komen berbaur diterima di laman sosial sehingga ada yang menyatakan perkara tersebut mengguris perasaan isteri pertama pelakon itu.

Dayana Terasa Madu Hamil Lagi? - ROTIKAYA
Bagaimanapun perkara itu dinafikan sendiri oleh Noor Dayana malah dalam masa yang sama turut bersyukur dan menyatakan rasa gembiranya di atas berita tersebut. Selain menyatakan Sarah (anak pertama Sakinah bersama Ashraf) bakal dapat adik baru, Dayana turut menjelaskan bahawa bayi yang bakal dilahirkan itu nanti sebagai anaknya juga.
Suka kami melihat keluarga bahagia ini dan mudah-mudahan kesihatan Sakinah akan sentiasa terjaga menjelang hari kelahiran nanti. (rtky/s)


PANAS!! Kritikan Pedas Ogy Ahmad Daud Kepada Abam Dianggap Jatuhkan Air Mukanya!!



Gara-gara dikritik oleh Ogy Ahmad Daud ketika di dalam rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang kerana berulang kali menggunakan fizikal Abam sebagai bahan jenaka, pelawak ini telah menyuarakan isi hatinya di laman media sosial miliknya.

Kena-Kritik,-Abam-Bengan-Dengan-Ogy-Ahmad-Daud---ROTIKAYA_in text
“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” luah Abam di Instagram.
Luahan tersebut khabarnya disuarakan kerana Ogy selaku juri telah memberikan kritikan tajam mengenai kumpulan Bocik yang menjadikan Abam sebagai objek jenaka dan turut memberitahu jika mereka menang adalah atas Abam sendiri dan bukannya di atas kehebatan persembahan.
“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”
“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” kata Ogy dipetik dari portal OhBulan!
Sebagai seorang penghibur yang versatil, mungkin juga kumpulan Bocik akan tampil dengan jenaka baru. Kritikan adalah demi untuk kebaikan. Apa pun, semoga Abam dan kumpulan Bocik sentiasa maju dalam menghiasi industri hiburan tanah air. (rtky/s)


GEMPAR!! Isteri Pertama Gugur Anak Ke-8 Akibat Diterajang Vokalis Kahwin Dua (4 GAMBAR)


Seorang vokalis kumpulan pop rock didakwa menerajang isteri pertamanya sehingga menyebabkan anak ke lapan mereka yang berada dalam kandungan gugur.

Menerusi laporan yang disiarkan blog Rotikaya, vokalis tersebut bertindak demikian kerana tidak mendapat kebenaran poligami daripada isteri pertamanya itu.

Laporan tersebut turut menyebut, konflik tercetus di antara vokalis kumpulan popular itu dengan si isteri kerana kenyataan wanita tersebut yang tidak merestui perkahwinan kedua suaminya.

Turut dilampirkan beberapa ‘screenshot’ dua orang teman rapat kepada isteri pertama penyanyi ini yang menceritakan keadaan wanita itu semakin diabaikan oleh suaminya, selain menerima penderaan fizikal kerana memberikan kenyataan media.

Si pengirim mesej turut memaklumkan, anak sulung vokalis tersebut bersama isteri pertama tidak berbuat apa- apa untuk mempertahankan ibunya tetapi banyak menghabiskan masa dengan teman wanita.

Menurut mesej itu lagi isteri pertama si vokalis juga dikatakan tidak berani untuk mengambil tindakan atau melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana risaukan reputasi tercalar.-rotikaya






3 Gambar Ucapan Dari Isteri Kepada Fad Bocey Yang Pasti Menyentuh Hati Anda


Berita gembira itu dikongsi oleh isterinya melalui akaun Instagram @syaheeraarahman pada Isnin dengan memuat naik foto bayi beserta kapsyen menyentuh hati.

Kapsyen tersebut berbunyi:

“Alhamdulillah rezeki dari Allah. Walaupun baru 4 minggu awak dlm perut sy tpi sy dh dpt rasa .awak baik2 ye dlm perut sy.

“Awak lapar awak bgitau sy k ,nanti sy bagi awak makan. 22 may nanti kita naik pelamin bertiga tau .sy happy sgt sbb skrg sy dh ada kawan .awak baik baik ya kt dalam perut sy.” tulisnya.


Di samping itu, Fad juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas rezeki yang dikurniakan kepadanya.

“Syukur alhamdulillah..awk dah 4 minggu dalam perut mummy..awk jaga diri yee..daddy tggu awk. #rezekiAllah #bermulafasabaru #doaygbaik2 #FS #taksukajanganfollow.” tulisnya.

Sehingga kini, ruangan komen akaun Instagram peribadi pasangan ‘sweet’ ini dipenuhi dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan dan juga para peminat.

Malah, Syahirah juga bergurau dengan mengatakan ingin menatap wajah Chantiq (anak bongsu pasangan Johan dan Ozlynn) yang comel itu supaya terkenan pada anaknya nanti.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan Syahirah telah bernikah pada 14 Mac lalu.

Kepada Fad dan isteri tersayang, semoga kandungannya berada dalam keadaan sihat dan selamat.-astrogempak