Tuesday 19 May 2015

Filled Under:

EKSLUSIF!! Gambar Terkini Bayi Yang Dilambung Ibunya Dalam Video Yang Jadi Viral Di Laman Sosial (5 GAMBAR)


Dilambung, dihempas dan dicampak tanpa hati perut. Demikian nasib seorang bayi malang apabila dia diperlakukan dengan begitu kejam oleh wanita yang dipercayai penjaga kepada kanak-kanak itu.

Video berdurasi 52 saat yang merakamkan insiden tersebut telah mengejutkan rakyat negara ini sejak semalam selepas rakaman amatur kekejaman terhadap bayi itu mula tersebar di media sosial serta aplikasi WhatsApp.


Dalam video berkenaan, bayi yang memakai baju berwarna putih dan berseluar biru itu diperlakukan bagaikan sebiji bola tanpa perikemanusiaan oleh wanita itu.

Bayi itu dilambung lebih 10 kali di atas tilam dipercayai di ruang tamu sebuah rumah.

Dia juga dihempas dan turut dicekik wanita terbabit dengan kasar sehingga bayi itu menangis kesakitan.

Video itu juga difahamkan telah dirakam oleh seorang lagi individu dipercayai wanita dan turut kedengaran perbualan antara wanita terbabit.


Dalam perkembangan itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam sikap wanita berkenaan dan mahukan pihak berkuasa segera mengambil tindakan serta menyelamatkan bayi terbabit.

“Polis harus cari wanita ini sampai dapat dan selamatkan bayi dalam video ini,” kata Fardli Mansor.
Siti Rahayu pula menulis, “Perbuatan wanita ini tidak boleh diterima akal. Semoga bayi ini masih hidup dan tidak tercedera.”

“Bayi ini bukan anak patung yang boleh dilambung dan dihempas entah hidup entah mati. Kejam,” kata Aman Jasli.

Sementara itu, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Datin Asmawati Ahmad ketika dihubungi memberitahu, video berkenaan kini dalam perhatian pihak polis.

- Utusan.