Friday, 21 August 2015

Filled Under:

Pesanan Lisa Surihani Yg Menyayat Hati Sebelum Dia Melahirkan Anak Dalam Masa Terdekat Ni?


$Hak eksklusif untuk siaran mengenai perkahwinan dan kelahiran bayi selebriti bukan
lagi menjadi trend terbaru di dalam industri. Bagi pasangan Yusry dan Lisa Surihani,
mereka punya pendapat tersendiri.

"Tawaran untuk itu sememangnya ada. Jika saya menerimanya, saya sedia meletakkan
syarat tetapi jika syarat tersebut tidak boleh dipenuhi, mungkin ianya tidak boleh menjadi
kenyataan. Saya mahu membesarkan anak secara normal tanpa kilauan glamor
dan bersederhana dalam segala segi.

Menurut Yusry, dia dan isteri merancang untuk tidak terlalu menonjolkan anak mereka
di hadapan lensa kamera. Ini bukan sahaja untuk memastikan tumbesaran anak mereka
tidak terlibat di dalam dunia glamor, tetapi juga untuk keselamatan.

"Saya tidak mengecilkan cara rakan-rakan artis yang lain dan berkongsi tentang anak di
laman sosial bukanlah satu kesalahan tetapi masing-masing ada cara masing-masing.
Jangan ada yang tersalah faham kerana semua orang mempunyai cara berbeza untuk
membesarkan anak-anak.

"Dalam soal material pula, hidup saya dengan Lisa sebelum ini juga tidaklah terlalu mewah
dan kami sangat ringkas. Jika ianya tidak perlu dan membazir, kami tidak perlu sediakan
untuk anak kelak," ujar Yusry lagi.

Mungkin setiap orang, ada cara tersendiri untuk membesarkan anak. Terserah kepada ibu
bapa dalam mencorak kehidupan anak mereka. Kami tidak sabar untuk menantikan kelahiran
bayi sulung pasangan Yusry-Lisa ini.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah terbaru pasangan yang sweet ini, dapatkannya
di dalam majalah Media Hiburan terbaru.



sumber asal