Friday, 21 August 2015

Filled Under:

PM Najib Belum Jelaskan Sampai Sekarang Transaksi Bernilai RM42 Juta...


$Datuk Seri Najib Razak belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Ditanya mengenai kemungkinan wang berkenaan adalah sumbangan derma, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata: "Saya tak tahu. Ia terserah kepada beliau (Najib)".

SRC International adalah sebuah firma milik Kementerian Kewangan yang diketuai Najib. Ia juga pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Laporan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu melaporkan, sejumalh RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari sebelum dialihkan kepada satu lagi anak syarikat, Ihsan Perdana.

Ihsan Perdana kemudian memindahkan RM42 juta ke akaun Najib.

Transaksi itu dilakukan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.



sumber asal