Tuesday 24 March 2015

Filled Under:

(3 GAMBAR) Perangkap Apa Kalau Kena Tangkap Atas Katil?? - Isteri Kekasih Putri Mardiana..


Isteri kepada kekasih pelakon Putri Mardiana, Nor Hasni akui penat dengan ‘permainan’ pelakon tersebut termasuk dakwaan palsu yang dikeluarkan di sebuah akhbar hujung minggu baru-baru ini.

Nor Hasni yang juga isteri kepada Shahrizam Abdullah atau E-jump ketika dihubungi Astro Gempak mengakui sudah lali dengan pembohongan dilakukan aktres tersebut.

“Lucu, dia tuduh saya pasang perangkap? Kena tangkap atas katil saya…Tempat tidur saya…Itu pun perangkapkah?

“Apa yang dia buat dekat rumah saya pukul 4 pagi? Tumpang minum air lagi ke? Takkanlah minum air dalam bilik, dengan lampu semua terpadam?

“Paling lucu, perlu ke kunci pintu dengan manga besar dari dalam? Sebab apa? Sebab tak mahu bagi orang masuk atau mereka tahu saya ada kunci?

“Sebenarnya saya sudah penat melayan karenah dia yang tak habis-habis. Konon beritahu kepada pemberita dia mahu bertemu saya cara baik…Cara baikkah kalau dia gelarkan saya ‘kerbau tua’?,” luahnya kepada Astro Gempak.

Nor Hasni juga baru-baru ini telah memuat naik status panjang lebar di akaun Facebooknya sebagai penjelasan kepada setiap kenyataan dan dakwaan Putri Mardiana di sebuah akhbar pada Ahad lepas.

Menurut Nor Hasni dia memuat naik status itu untuk menjelaskan cerita sebenar mengenai apa yang berlaku dan dakwaan Putri Mardiana adalah tidak benar sama-sekali.

“Biarlah masyarakat yang menilai…Saya tak kuasa nak melayan pembohong,” katanya mengakhiri perbualan.