Tuesday 24 March 2015

Filled Under:

Nora Danish Anggap Anak-Anak Sekarang Semakin Biadab?




Pelakon Nora Danish meminta ibu-bapa agar melakukan pemantauan terhadap anak-anak mereka ketika melayari Internet termasuklah laman sosial untuk mengelak mereka menjadi biadab.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, perkara tersebut bakal mendedahkan kanak-kanak untuk menulis secara terbuka dengan komen yang biadap dan berunsur lu cah.

"Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini. Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar luc ah pun banyak.



 "Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja.    Tetapi ini kanak-kanak yang sangat mengecewakan saya," ujarnya      seperti ditulis di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa.

 Nora berkata demikian kerana sering menerima komen berunsur luc ah  dan biadap daripada kanak-kanak di laman sosial instagram miliknya  tanpa perasaan malu.

 Dia yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instgram  menganggap  tindakannya untuk menegur perkara itu adalah sebagai  satu tanggungjawab dan keperihatinan terhadap masalah tersebut.

 "Setiap hari saya menerima komen berunsur luc ah dan biadap  daripada kanak-kanak. Jika instagram ini membuatkan mereka biadap  janganlah beri mereka telefon.

 "Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yang menerima komen  setiap hari dengan banyak," ujarnya. - mStar Online