Thursday 19 November 2015

Filled Under:

GEMPAR!! PENEMUAN Rangka MANUSIA.. RUNGKAI MISTERI KEHILANGAN NUR ZALILA ??? [8 FOTO]

## Penemuan dua rangka manusia di tali air Kampung Pak Keral, Tumpat, kelmarin merungkai misteri kehilangan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikatakan dilarikan seorang tomboi dua tahun lalu.lihat gambar sekitar penemuan rangka...



### Gambar Sekitar Penemuan Rangka Manusia "Dedah Misteri Kehilangan Nur zalila"|Penduduk Kampung Pak Keral di sini gempar apabila menemui serpihan tulang dipercayai rangka manusia berhampiran dengan tali air di kampung tersebut....

Unit Forensik Polis kemudiannya ke lokasi penemuan itu bagi menjalankan siasatan selepas laporan dibuat oleh penduduk setempat...

Penduduk, Fauzi Abdullah, 40, berkata, pada mulanya penduduk menyangka ianya tulang binatang tetapi selepas mengamatinya, ia seperti rangka tangan manusia ditemui kira-kira jam 7 malam semalam...

"Ada kerja-kerja membersih tali air di sini sejak dua hari lepas. Masa jengkaut gali tali air ini, ada serpihan tulang terangkat naik atas tebing bersama rumput," katanya.
Menurutnya, paling mencurigakan apabila berdekatan tulang itu turut ditemui korset untuk melangsingkan badan yang sering dipakai oleh wanita....

Katanya, sejak semalam lagi orang ramai berpusu-pusu ke kawasan ini selepas tersebar penemuan rangka manusia di laman sosial.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, pihaknya masih mencari serpihan rangka yang lain dengan bantuan pasukan bomba...

"Kita tidak menolak ia berkemungkinan rangka manusia. Usaha mencari rangka itu masih giat dilakukan pagi," katanya.
Misteri kehilangan 
Nur Zalila terungkai


## Penemuan dua rangka manusia di tali air Kampung Pak Keral, Tumpat, kelmarin mungkin merungkai misteri kehilangan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikatakan dilarikan seorang tomboi, dua tahun lalu...

Mangsa, Nur Zalila Ibrahim, 10, dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Jelujok pada 27 Mei 2013 selepas keluar ke kedai runcit berhampiran rumahnya.
Kanak-kanak itu dikatakan 'dilarikan' oleh tomboi berkenaan dikenali sebagai Along, 23. Mereka berdua gagal dikesan sehingga ke hari ini....

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan dua rangka yang ditemukan dalam tali air itu adalah mereka berdua yang hilang sejak lebih dua tahun lalu.
“Pasukan kita menemui dua tengkorak manusia dengan tulang yang berselerakan di tali air tersebut. Kita menyiasat sama ada rangka ini bersabit dengan laporan seorang kanak-kanak hilang pada Mei 2013 lalu.,,,

“Kedua-duanya dilaporkan hilang semasa pergi ke kedai bersama sebuah motosikal (Honda EX5). Motosikal tersebut kita berjaya temui tetapi mereka berdua gagal dikesan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini....

Mazlan berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa....

Kelmarin, penduduk kampung yang sedang melakukan kerja pembersihan tali air di Kampung Pak Keral di sini gempar selepas menemukan tulang berselerakan serta sepasang korset kira-kira pukul 7 petang....



Terlalu awal kaitkan Rangka itu adik saya (kakak mangsa)


## Nurul Huda berkata, orang ramai kaitkan penemuan rangka itu adalah adiknya kerana motosikal yang dilarikan ditemui di dasar tali air selepas tersangkut pada jala ketika penduduk kampung menjala di situ....

Polis ada panggil saya untuk membuat pengecaman pada Ogos lalu di Balai Polis Pengkalan Kubor berhubung penemuan motosikal itu...

“Memang benar itu motosikal keluarga saya yang dilarikan,” katanya...

Nurul Huda berkata, sekarang ini bermacam-macam cerita tersebar mengenai penemuan rangka itu apabila ada yang mengatakan itu rangka tomboy dan ada juga yang kaitkan itu adalah rangka adiknya....

“Mungkin lokasi rangka dan motosikal ditemui berdekatan, hanya dipisahkan dengan pintu air sahaja, sebab tu tersebar berita macam itu,” katanya...

Bagi mengesahkan identiti rangka itu, Nurul memberitahu, darah ibunya, Rokiah Awang, 46 telah diambil untuk dilakukan ujian DNA di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)...

“Kami berdebar menunggu keputusan ujian DNA itu, bertahun kami tunggu kepulangan Nur Zalila, jika benar itu rangka adik saya, kami sekeluarga reda,” katanya....



Gambar sekitar penemuan rangka







Sumber :  http://h2m9363.blogspot.my/