Sunday 15 November 2015

Filled Under:

NGERI!! PENYEPIT MAKANAN TERCUCUK DI TEKAK KANAK-KANAK... JOM KETAHUI NASIB KANAK-KANAK ITU.. KESIANNYA !!



## Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menahan sakit selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk di tekaknya...

> Kejadian di wilayah Hubei itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu yang berada di atas alat bantuan berjalan bermain dengan penyepit makanan sebelum terjatuh....
Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai menggigit penyepit makanan itu menyebabkan ia tercucuk tekaknya ketika dia jatuh....

> Ibu bapa mangsa yang bergegas mendapatkan anak mereka terkejut selepas mendapati mulut kanak-kanak itu berdarah dengan penyepit makanan tercucuk di tekaknya....
Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Hubei untuk rawatan lanjut.
Doktor pada mulanya terkejut apabila melihat kanak-kanak itu, tetapi mendapati kecederaannya tidak parah....

> Kanak-kanak itu menjalani satu pembedahan selama satu jam dan doktor berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan....

> Doktor berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana penyepit makanan tidak mengenai saraf dan saluran darah penting....

> “Kanak-kanak ini berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang beberapa hari lagi,” katanya....
Ini bukanlah kejadian pertama kanak-kanak terpaksa dirawat di hospital selepas tercucuk penyepit makanan di China....

> Awal tahun ini seorang kanak-kanak lelaki menjalani satu pembedahan selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk hingga ke otaknya....

> Kanak-kanak berusia setahun itu dilaporkan makan sebelum terjatuh menyebabkan penyepit makanan tercucuk ke dalam lubang hidungnya hingga ke otak....


Sumber :  http://www.hmetro.com.my/