Sunday 6 September 2015

Filled Under:

2 Foto ..SUBHANAALLAH..KEJAM!!! adik bantu kakak ikat mulut bayi nya dan buang dengan kejam...





Sepasang adik-beradik berusia 23 dan 28 tahun ditahan berhubung kes penemuan mayat bayi perempuan di dalam kebun kelapa sawit di Felda Palong 2 di sini kelmarin...

Kedua-duanya ditahan pada pukul 5 petang semalam di rumah keluarga mereka dekat sini.

Siasatan awal mendapati suspek wanita yang berusia 28 tahun yang melahirkan bayi itu sebelum dipercayai mengarahkan adiknya untuk membuang bayi tersebut...

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan manakala kakaknya dibebaskan dengan jaminan polis...

"Wanita itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang penternak menjumpai mayat seorang bayi perempuan yang dibungkus dengan plastik sampah berwarna hitam di dalam kebun sawit di Felda Palong 2.

Lebih menyayat hati, mulut bayi malang itu diikat dengan plastik dan badannya dibalut dengan kain batik sebelum dimasuk ke dalam plastik sampah.

sumber http://kosmo.com.my/