Monday 7 September 2015

Filled Under:

KEJAM!! Nenek Maut Disembelih Cucu Di Kuala Terengganu




SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat disembelih, pagi tadi.

Kejadian mengejutkan ini berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu.
Jiran yang menemui Halimah Taib, 78, kira-kira 9.30 pagi dalam keadaan sudah tidak bernyawa bertindak menghubungi pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian..

Difahamkan selepas membunuh neneknya, suspek yang berkain pelikat pergi ke surau sambil membawa bersamanya pisau yang berlumuran darah...
Dia dikatakan mengaku sudah menyembelih neneknya lalu ditahan oleh orang kampung.
Berdasarkan cerita jiran, suspek sudah seminggu datang ke rumah neneknya itu dan ada memanjat pokok duku untuk mengambil buahnya yang dibeli oleh peraih yang datang sebelum kejadian.


Suspek ditahan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat...

Kejadian disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar. – MYNEWSHUB.CC




sumber http://bangangberita.blogspot.my/