Thursday 3 September 2015

Filled Under:

Kurang Ajar !!! Peniaga MLM Paksa Pelajar Universiti Menipu Ibu Bapa


#SUDAH bermacam-macam cerita yang kita dengar melibatkan perniagaan berkonsepkan multi-level marketing (MLM) di media sosial....

#Pelbagai pujuk rayu diberi pada orang ramai kononnya MLM ini mampu menjanjikan kereta mewah,,, tawaran melancong dan pulangan berpuluh-puluh ribu....

#Tapi dalam banyak-banyak cerita MLM,,, cerita mengenai peniaga MLM cuba mendesak seorang penuntut universiti melabur ini paling tidak boleh kami terima....

#Mana tidaknya,,,, dek kerana kejarkan keuntungan si peniaga MLM sanggup menyuruh penuntut tersebut menipu ibu bapanya demi mendapatkan modal sebanyak RM3,000 bagi menyertai rangkaian perniagaannya....

#Bukan itu sahaja,,, peniaga berkenaan turut mengajar penuntut berkenaan supaya menggunakan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang diterima dan menjual laptop yang merupakan satu keperluan wajib untuk pembelajaran....

#Walaupun,,,, penuntut berkenaan bertegas tidak mahu menyertai MLM, si peniaga tetap tidak mengalah dengan menjanjikan pulangan lima angka....

#Mungkin penuntut itu pun sudah dapat melihat sikap peniaga yang kalau dah awal-awal mengajar untuk menipu, pengakhiran penjalanan perniagaan dah dapat dibayangkan bagaimana....

#Oleh itu, buat penuntut-penuntut universiti di luar sana berhati-hatilah dalam menguruskan kewangan anda supaya tidak terjebak dengan elemen negatif seumpama ini....

#Ingatlah,,, bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya selain berusaha bersungguh-sungguh.....

sumber:mynewshub