Friday 4 September 2015

Filled Under:

Kerana Kecantikannya ...Gadis Barbie Diserang Lagi !!!



#GADIS ‘patung barbie’dikatakan mengalami kecederaan apabila diserang dan dirompak
oleh dua lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumahnya, baru-baru ini.....

#Memetik laporan dari portal Mail.Online pada Rabu lalu, Valeria Lukyanova, mendakwa
ditumbuk berkali-kali oleh dua perombak pada 31 Oktober lalu....

#Gadis kelahiran Ukraine ini dikatakan diserang sehingga mendatangkan kecederaan pada
kepala dan bibirnya....

“Saya diserang oleh pintu masuk blok flat saya. Saya baru pulang dari kedai dengan
 beg dan sedang memasukkan kod keselamatan di pintu rumah ketika dua lelaki
 menyelinap di belakang dan menyerang saya....

“Merekatidak berkata apa-apa dan tidak cuba untuk merompak saya..Ia berlaku dalam
 sekelip mata, mereka memukul saya di kepala dan beberapa kali pada rahang, salah
 seorang daripada mereka mula mencekik saya,” katanya.....

 #Jelasnya, kehadiran jirannya menyebabkan perompak tersebut melarikan diri.
“Jika bukan kerana jiran saya yang tiba-tiba muncul, saya tidak tahu apa yang akan
 berlaku. Mereka melihat dia dan melarikan diri,” katanya lagi.....

#Bagaimanapun, Lukyanova menafikan luka tersebut bukan daripada hasil pembedahan
plastiknya.Model berusia 28 tahun itu sebaliknya menegaskan, dia memiliki kecantikan
semulajadi yang menyerupai patung barbie.....

#Tegasnya lagi, dia hanya menjalani pembedahan pada bahagian tubuh badannya selain
mendakwa, dia tidak melakukan apa-apa perubahan atau pembedahan pada wajahnya.....

#Lukyanova dilapor ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenar pulang
empat hari selepas serangan berlaku....