Tuesday 19 May 2015

Filled Under:

10 Gambar Terbaru Zamani Slam Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...



Selepas menjalani tempoh pemulihan selama tiga bulan di Persatuan Pengasih Malaysia, berat Zamani Slam kini semakin bertambah daripada 45 kilogram kepada 56 kilogram.

Bekas penyanyi kumpulan Slam yang popular di tahun 1990-an itu juga mengakui dirinya semakin positif dan merasa tenang.

"Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapi saya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok. Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang...itu yang paling saya bersyukur," katanya sebagaimana yang dipetik BH Online.

Zamani juga mendapat sokongan untuk pulih daripada teman-teman artis seperti Datuk Jamal Abdillah dan vokalis OAG, Mohd Radhi Razali dan berjanji untuk tidak mensia-siakan peluang untuk menjauhi dadah.

"Perubahan yang paling ketara saya alami sepanjang berada di sini ialah dalaman diri saya iaitu kerohanian di mana saya perlu berjuang melawan diri sendiri (melawan nafsu dadah)...dan saya berazam untuk berubah bagaimanapun saya masih perlu meneruskan rawatan ini," ujar Zamani -Siakapkeli.my