Thursday 14 May 2015

Filled Under:

Lindsay Lohan Dekat Islam,Selalu Bawa al-Quran?


Selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi, Lindsay Lohan menimbulkan tanda tanya apabila dilihat membawa bersama kitab suci al-Quran di Brooklyn, di sini kelmarin.

Foto itu berjaya dirakamkan setelah beliau selesai menjalani satu sesi khidmat masyarakat di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Malah, Lindsay turut dilihat menandakan muka surat bacaannya dalam al-Quran itu. Ini bukan kali pertama Lindsay yang beragama Katolik itu memuat naik gambar yang cenderung ke arah Islam dan sekali gus mengundang komen positif oleh umat Islam berhubung isu ini.

Artis berusia 28 tahun itu ketika diwawancara Oprah Winfrey mengakui kini sedang dalam proses mendalami dan mempelajari banyak agama. Selain agama Islam, beliau turut mendekatkan diri dengan Buddha dan Kaballah. "Saya seorang yang mempunyai tahap rohani yang tinggi dan akan bertambah dari masa ke semasa," katanya. Gadis kacukan Itali dan Ireland itu mula mendekatkan diri dengan perkara keagamaan setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan alkohol dan salah laku. - Daily Mail Online