Friday 15 May 2015

Filled Under:

MESTI TENGOK!! Siti Nurhaliza Kantoi Sharifah Sakinah Sedang Dubsmash Nyanyiannya



elakon Sharifah Sakinah sememangnya terkenal dengan kenakalannya dan baru-baru ini dia terkantoi  ketika sedang asyik mengajuk Datuk Siti Nurhaliza menyanyi.

Menerusi video yang dimuat naik Sakinah di akaun Instagramnya (IG) pada Selasa lalu, kelihatan beberapa orang selebriti sedang menyanyikan lagu Nazam Lebaran bersama ketika rakaman program hari raya.

Sakinah yang sedang asyik ‘miming’ nyanyian Siti tidak sedar gelagatnya diperhatikan penyanyi nombor satu negara itu.

Agak melucukan apabila Siti mendekati Sakinah sehingga menyebabkan pelakon itu terkejut dan melarikan diri!

Paling epik ialah apabila melihat wajah Sakinah ketika terkantoi dengan Siti. Reaksi spontannya juga kelihatan lucu, tetapi agak comel!

Astro Gempak kongsikan kepada anda video yang diberi tajuk ‘Dubsmash pertama saya’ oleh Sharifah Sakinah ini: