Sunday 17 May 2015

Filled Under:

GEMPAR!! Barack Obama Kantoi Tipu Dunia Isu Pembunuhan Osama?



SEORANG wartawan penyiasat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menipu seluruh dunia mengenai pembunuhan pemimpin utama al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seymour Hersh mendakwa Obama menipu dunia mengenai pembunuhan Osama untuk memenangi populariti menjelang pilihan raya 2012.

Hersh juga menjelaskan kerajaan Amerika Syarikat telah membuat pembohongan, kenyataan salah serta pengkhianatan untuk menyembunyikan kebenaran.

Menurut artikel yang diterbitkan dalam ‘London Review of Books’, Hersh mendakwa tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika Syarikat.

Wartawan tersebut juga mendakwa pentadbiran Obama telah berunding dengan kerajaan Pakistan yang berjaya menahan Osama bertahun-tahun sebelum ini.

Hersh juga menyatakan, tentera Pakistan telah diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.

Dalam karyanya, wartawan tersebut melabelkan kejadian tersebut sebagai pembunuhan dengan niat.

Laporan tersebut juga menerangkan, satu-satunya peluru yang dilepaskan adalah untuk membunuh Osama.

Penulis itu berpendapat Obama menyimpan kebenaran itu selama setahun sebelum pilihan raya 2012 untuk meningkatkan kempen dan memenangi pilihan raya tersebut.

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai ‘Pegawai kanan risikan yang telah bersara’ digunakan oleh Hersh dalam artikelnya menerangkan, pihak White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama merupakan operasi yang penting.

“Kenapa perlu membunuh Osama?

“Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu.

“Pasukan SEAL sepatutnya sudah menjangkakan isu ini merupakan rekaan politik kerana ia merupakan isu menarik bagi ahli politik,” kata bekas pegawai kanan itu.

Terdapat dakwaan yang menyatakan mayat Osama tidak dikebumikan di laut sebaliknya dihantar ke Afghanistan.

Dakwaan Hersh bagaimanapun telah dinafikan oleh jurucakap pihak White House.

Jurucakap Keselamatan Negara di White House, Ned Price, berkata terdapat banyak dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat dalam artikel tersebut.

“Seperti yang telah kami jelaskan, maklumat mengenai operasi ini disebar terhad kepada pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat sahaja.

“Presiden telah membuat keputusan awal untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana kerajaan lain termasuk Pakistan yang hanya mengetahui tentang operasi itu setelah serbuan itu dilakukan,” kata Price.


sumber